SELAMAT DATANG KE BLOG KOME ORANG SANGGANG

Tuesday, July 14, 2020

Kata Bahasa Sanggang

Kepada semua kaum keluarga "KOME ORANG SANGGANG" ini buat permulaan nye saja, apa yang koi harapkan, dapat bantuan dengan memberikan sokongan dengan post ini, hantarlah melalui chat box atau dlm komen.... kata bahasa ibuanda kita!!!

Kome = kami
Pedoah = bohong, pembohong
Kone = kemana
Hoge =
Popaleh =
ewey =
jaksad =
cenkelit =
bedarang =
mehmer =
jabat =
kelako =
nyongoi =
lacuk
sembey =
jenere =
jonteh =
jenggi =
mendugei =
erot petot =
kelompen =
kekudap =
linyou =

Nama Tempat Yang Mashur Di Zaman Silang

Kepada semua keluarga "KOME ORANG SANGGANG" yang asel dari Loyang hingga ke Paye Baner bawok ke Darat atau tak kira di mana saja, untuk menjayakan Blog kita ini hantarkanlah Nama tempat-tempat dalam Mukim Sanggang yang telah hilang dek telan zaman berikan juga maklumat nama tempat yg ada sekarang...

Cerok Puting

Cerok Tokban

Titin Koli

Tanjung Lalang

Sg. Gedung

Sg. Mas

Tok Apas

Kita Borok-borok

Pembuka Kate -

Assalamualaikum,
semua anok-anok, adik-adik, kawan-kawan, kenalan dan semua orang-orang Sanggang khasnye dan orang yang bukan anok Sanggang amnya. Alhamdulillah kita anok-anok Sanggang telah melangkah setapak lagi dengan membangunnya dalam Facebook "Group Kome Orang Sanggang". Koi, sebagai orang senior (warga tua) dalam group itu, teringin pulok nok membangunkan "Blog Kome Orang Sanggang". Awok me sedia maklum kalau maklumat dan juga gambor-gombor yang di siarkan dalam FB ianya tidak akan bertahan lama, tapi kalau kita sama membangunkan blog yang koi cadangkan ini ianya akan tersimpan sekian lama....
Koi, dalam membangunkan blog ini bukanlah koi pandai sangat tapi koi nok cuba, apa yang koi harapkan awok me seme tolonglah koi, kita sama-sama membangunkannyer, koi tau banyok dikalangan diantara awok me yang berkemahiran dalam IT.
===============================
Makan Mee Di Kopitiam



Terdiam… Aku terjumpe di Facebook dari seorang rakan. Lihat aja dibawah ye… Tak mahu lagi makan dan minum di Oldtown. Serik!

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu. Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.
Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.
“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan. “Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini. Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu. Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.
Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.
Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam. “Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kita hanya boleh mengambil Iktibar dengan apa yang kita tengok dan suka makan di Kopitiam sahingga kini tiada tanda "HALAL"

Pikir-pikir Apa Dah Buat !!!

CAKAP-CAKAP

Kalau kita kaleh kebelakang dan tenungkan, hari-hari kita dok berborak dan bercakap dengan kawan-kawan sepejabat, ahli keluarga, jiran tetangga, pakcik jaga dan macam-macam orang lagi, ade masanya semasa kita bekerja pun kita bercakap bukan pasal yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Agaknya la berapa peratus la hasil percakapan kita tu boleh beri manfaat kepada kita dan juga pihak yang satu lagi (yang layan kita borak tu la..). Kalau kedua-dua pihak tak dapat apa-apa hasil, itu disebut “cakap kosong”. Kalau ada manfaat kita dapat dari perbualan kita tu tadi, kita panggil “cakap berisi”.

Seeloknya, kita perbanyakkan cakap berisi yang memberi faedah atau pengajaran supaya setiap dari kita dapat manfaat/faedah (jangan cerita nak kutuk member ajer). Cakap berisi ni pulak, kalau nawaitu kita betul dapat pahala pulak tu. Best betul. Tambah pulak, kalau dapat “duit” kalau kena gaya isinya, melampau bestnya tu.

Ada tu, kalau kita bercakap, orang bayar kita pasal nak dengar kita bercakap. Hahaha, ini lagi super-duper melampaui batas bestnya. Contoh macam pensyarah, penceramah, motivator dan consultant, modal dia air liur dan pengetahuan dia je. Nampak macam mudah kan, tapi tak semua orang ada kelebihan dan bakat bercakap yang orang nak bayar.

Kebanyakan yang kita jumpa ialah orang yang banyak cakap tapi takde beri apa-apa faedah pun baik kepada si pendengar, mahupun diri mereka sendiri. Macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih..last-last kena tendang!… hehehe.. macam biasa jumpa je kan.Berbeza pulak kalau kita dapat peluang bercakap-cakap dengan orang yang banyak ilmu. Mereka ni macam pokok padi, makin berisi makin tunduk (kalau tak tunduk tu, something wrong somewhere..huhu). Kita kena pandai berdamping dan berinteraksi dengan orang macam ni, sebab dia sibuk dan takde masa sangat, so peluang-peluang yang diperuntukkan tu, harus direbut dengan penuh minat.

Untuk berjaya dalam apa juga kerja yang kita nak buat, penting jugak kita bercakap-cakap dengan mereka yang lebih arif dan ada pengalaman dalam bidang yang ingin kita ceburi tu, tak kiralah walau pun kita dah berumur macam aku ni, jangan malu atau tunjuk ego, biar kita merendahkan diri asal dapat ilmu atau pengetahuan. Adakalanya kawan kita tu kurang background education tapi mempunyai pengelaman / pengetahuan dalam sesuatu bidang maka kita harus akur apa yang dia cakapkan, kemudian kita fikirkan dan buat kaji selidik.

Mungkin tak semua orang boleh dapat peluang bercakap secara bersemuka dengan guru-guru /sifu ini, jadi gunalah media dan platform yang disediakan seperti blog, shoutbox, forum, email dan sebagainya untuk mendapat komen dan tunjuk ajar dari mereka. Bukan apa, masa mereka masih “free” ni, baik rebut peluang berjumpa dengan mereka. Once mereka ni dah melangkah ke “liga” lain dalam dunia pelaburan, kita takkan dapat lagi peluang berdamping dengan mereka seperti sekarang. Nasihat yang diberikan sekarang kebanyakkannya percuma. Akan datang, tak tahu lagi.

Renung-renungkan, dan selamat bercakap… he he he ini pandangan koi ajer....






BUATLAH APA YANG PATUT

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari…… tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...





Kite Cakap Merapu Tapi Ada Kebenarannya

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT..

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat.... ?
Ini adalah ingatan untuk koi sendiri, tak berkaitan dengan orang L A I N.....