SELAMAT DATANG KE BLOG KOME ORANG SANGGANG

Tuesday, July 14, 2020

Pikir-pikir Apa Dah Buat !!!

CAKAP-CAKAP

Kalau kita kaleh kebelakang dan tenungkan, hari-hari kita dok berborak dan bercakap dengan kawan-kawan sepejabat, ahli keluarga, jiran tetangga, pakcik jaga dan macam-macam orang lagi, ade masanya semasa kita bekerja pun kita bercakap bukan pasal yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Agaknya la berapa peratus la hasil percakapan kita tu boleh beri manfaat kepada kita dan juga pihak yang satu lagi (yang layan kita borak tu la..). Kalau kedua-dua pihak tak dapat apa-apa hasil, itu disebut “cakap kosong”. Kalau ada manfaat kita dapat dari perbualan kita tu tadi, kita panggil “cakap berisi”.

Seeloknya, kita perbanyakkan cakap berisi yang memberi faedah atau pengajaran supaya setiap dari kita dapat manfaat/faedah (jangan cerita nak kutuk member ajer). Cakap berisi ni pulak, kalau nawaitu kita betul dapat pahala pulak tu. Best betul. Tambah pulak, kalau dapat “duit” kalau kena gaya isinya, melampau bestnya tu.

Ada tu, kalau kita bercakap, orang bayar kita pasal nak dengar kita bercakap. Hahaha, ini lagi super-duper melampaui batas bestnya. Contoh macam pensyarah, penceramah, motivator dan consultant, modal dia air liur dan pengetahuan dia je. Nampak macam mudah kan, tapi tak semua orang ada kelebihan dan bakat bercakap yang orang nak bayar.

Kebanyakan yang kita jumpa ialah orang yang banyak cakap tapi takde beri apa-apa faedah pun baik kepada si pendengar, mahupun diri mereka sendiri. Macam tin kosong. Isi takde, bunyi je lebih..last-last kena tendang!… hehehe.. macam biasa jumpa je kan.Berbeza pulak kalau kita dapat peluang bercakap-cakap dengan orang yang banyak ilmu. Mereka ni macam pokok padi, makin berisi makin tunduk (kalau tak tunduk tu, something wrong somewhere..huhu). Kita kena pandai berdamping dan berinteraksi dengan orang macam ni, sebab dia sibuk dan takde masa sangat, so peluang-peluang yang diperuntukkan tu, harus direbut dengan penuh minat.

Untuk berjaya dalam apa juga kerja yang kita nak buat, penting jugak kita bercakap-cakap dengan mereka yang lebih arif dan ada pengalaman dalam bidang yang ingin kita ceburi tu, tak kiralah walau pun kita dah berumur macam aku ni, jangan malu atau tunjuk ego, biar kita merendahkan diri asal dapat ilmu atau pengetahuan. Adakalanya kawan kita tu kurang background education tapi mempunyai pengelaman / pengetahuan dalam sesuatu bidang maka kita harus akur apa yang dia cakapkan, kemudian kita fikirkan dan buat kaji selidik.

Mungkin tak semua orang boleh dapat peluang bercakap secara bersemuka dengan guru-guru /sifu ini, jadi gunalah media dan platform yang disediakan seperti blog, shoutbox, forum, email dan sebagainya untuk mendapat komen dan tunjuk ajar dari mereka. Bukan apa, masa mereka masih “free” ni, baik rebut peluang berjumpa dengan mereka. Once mereka ni dah melangkah ke “liga” lain dalam dunia pelaburan, kita takkan dapat lagi peluang berdamping dengan mereka seperti sekarang. Nasihat yang diberikan sekarang kebanyakkannya percuma. Akan datang, tak tahu lagi.

Renung-renungkan, dan selamat bercakap… he he he ini pandangan koi ajer....






BUATLAH APA YANG PATUT

Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari…… tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita" Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family. Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So, it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may the last ones understandhis words better that those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge & you'll lose nothing.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir. Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya... Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...





No comments:

Post a Comment